BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Pyzam Glitter Text Maker



Monday, March 15, 2010

RELEASE TENSION TIME

Aku terlupa nak update activity aku hari Sabtu hari tu... memang penat gile.. dari pagi sampai malam..

Pagi aku join 'Bowling Tournament' tmpt keje aku.. saja-saja je nak release tension bukannyer pandai sangat pun main. Tapi yang best tu aku buat 4 kali straight strike.. Pertama kali dalam sejarah. Ntah macam mana boleh jadi macam tu pun aku tak tau....


"Aku dan Kak Tie"


"Steady Sir"

"My Friend who always stay behind me"


"Masih terserlah Ayu Ku"--hahaha perasan lah pulak... Tak pelah sapa lagi yang nak puji...



Pastu Malam aku ada dinner pulak dekat Singgahsana Hotel... Dinner Agensi 114 -Haji Khidam Agency.. Enjoy jugak. Mula2 laki aku mcm tak suka aje masa ajak gi.. tp sampa kat sana dia pulak yang excited.. Aku rasa dia dah faham apa benda yang aku nak cuba buat.. Aku harap dia dapat motivasi lah dengar ucapan En. Khidam.





"Muka blur laki aku"


"Steadylah En. Azhar ni"


"Ni lagi stedy --- sabar En. Zul... kot yea pun tunggu lah balik umah"


"Rilek2 lah brader.... jangan berebut - Permaisuri Group 114 Agency tu"

RUMAH KU SYURGA KU..



Salam...

Ya Allah... petang tadi aku balik rumah buka pintu rasa nak menangis je... Selalunya kalau aku balik anak dara aku yang kecik tu mesti berlari-lari kejar aku...hari ni dia tak ada,... Padan lah muka aku sapa suruh hantar balik kampung.Kan dah sunyi... Tapi kesian pulak kat nenek diaorang tu rindu sangat kat cucu dia ni..

Tak pe lah.. seminggu je... minggu depan boleh lah aku balik kampung lagi...

Friday, March 12, 2010

PENGALAMAN PERTAMA













Asyuayuni.. ingin mengucapkan berbanyak2 terima kasih kepada Mell yg telah memperkenal asyu pada produk yg best ni...

Pada 21hb April 2010 Asyu di jemput untuk mengikut bengkel skincare dan make up dengan 3orang kawan yang asyu sayangi yg sering ada disisi terutama nya ketika asyu dalam dilema hari tu... Thanks a lot my dear friends... Luv u all a lot...

Thursday, March 11, 2010

MADAH UNTUK KAWAN, TEMAN & SAHABAT...

Apabila kita ingin berteman janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin satu kelemahan kau mungkin akan menjauhinya..

Andai kau ingin berteman, janganlah kerana kebaikannya kerana mungkin dengan keburukan kau akan membencinya..

Andai kau ingin sahabat janganlah kerana ilmunya, kerana apabila dia bantu kau mungkin akan memfitnahnya..

Andai kaun ingin seorang kawan janganlah kerana sifat cerianya, kerana andai dia tak pandai menceriakan, kau mungkin akan menyalahinya..
Andai kau ingin bersahabat... terimalah dia seadanya, kerana dia seorang sahabat yang hanya manusia biasa. Jangan diharapkan semuanya sempurna kerana kau juga tidak sempurna. Tidak ada yang biasa-biasa menjadi satu sempurna tapi bersahabatlah kerana ALLAH.... Blogger Graphics
Blogger Graphics

SALAM MAHABAH


Salam mahabah untuk semua. Syukur Alhamdulillah... akhirnya dapat juga "asyuayuni" memulakan langkah pertama dalam penulisan blog ini.. untuk "akak" berkongsi rasa, pengalaman, petua, nasihat dan sebagainya lah...semoga dapat kita manfaatkan bersama-sama sepanjang pengembaraan kita di atas muka bumi yang sementara ini untuk mencari keredhaan yang ESA.. Dan semoga kita semua akan mendapat hidayah dan keberkatan dari Nya.. Untuk suami tercinta restuilah perjuangan adinda dan doa adinda akan selalu mengiringi perjalanan kekanda...